Tuesday 8 May 2012

Revolusi Hijau


Menurut Ruttan dan Binswanger di dalam Ahmad Mahdzan Ayob (1994), Revolusi hijau merupakan usaha bagi menyelidik dan menyebarkan variety bijirin yang berhasil tinggi (VHT). Antaranya ialah seperti gandum, beras, dan jagung di negara-negara yang sedang membangun iaitu di kawasan tropika dan separuh tropika mulai pertengahan dekad 1960-an.

Antara jenis teknologi yang dihasilkan ialah jenis biologi, iaitu varieti-varieti baru tanaman bijirin yang menjadi makanan ruji iaitu makanan harian seperti beras, jagung dan gandum di kebanyakan negara-negara membangun. Variety baru yang menjadi ciri utama ialah ianya lebih kepada baja. Kos yang dikeluarkan bagi membeli baja telah mendatangkan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan variety lama. Ciri kedua ialah pokoknya rendah dan tegap dan ianya tidak mudah rebah ke tanah dengan kelebihan berat buahnya. Padi diperkembangkan oleh IRRI , di Filipina. Manakala, Negara-negara ASEAN lain menjalankan penyelidikan penyesuaian di Negara masing-masing. Terdapat dua kumpulan besar bagi tumbuhan padi ini antaranya ialah jenis Indica dan jenis Japonica. Padi jenis Indica ini ditanam di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Manakala, jenis Japonica pula ditanam di Jepun, Lembah Yangtze (China), Korea, Eropah, Australia, California, Texas (Amerika Syarikat). Revolusi hijau telah memperkenalkan padi Varieti Hasil Tinggi (VHT) dan sistem pengairan yang sempurna. Ciri-ciri Padi Varieti Hasil Tinggi (VHT) ialah pendek, tegap iaitu tidak mudah jatuh ke tanah. Daun tirus dan tegak membolehkan berlaku proses fotosintesis yang tinggi dan kepadatan pokok yang lebih tinggi. Selain itu, padi ini juga matang dalam jangka masa tertentu dan juga nisbah bijian adalah lebih tinggi. Selain itu, pengairan yang sempurna juga diperkenalkan. Hal ini kerana Padi Varieti Hasil Tinggi ini ditanam dikawasan yang ada sistem pengairan yang sempurna. Pengairan yang sempurna diperlukan kerana potensi hanya dapat dicapai apabila pembajaan yang cukup disebabkan pokok memerlukan air. Sekiranya kawalan air tidak sempurna (masuk/keluar) atau tidak mencukupi, risiko menggunakan baja dan input-input yang lain sangat tinggi. Menurut Messer dan Heywood di dalam Ahmad Mahdzan Ayob (1994), walaupun varieti baru ini telah merubah keadaan bekalan makanan secara besar-besaran iaitu di negara-negara membangun, namun ia juga mempunyai kecacatan. Hal ini kerana, ianya memerlukan tanah yang mempunyai sistem pengairan. Selain itu, penyebaran secara meluas varieti  “elit” (terpilih), penanaman secara terus-menerus secara tanaman tunggal, ditambah pula dengan penggunaan baja yang tinggi, telah menghakis aneka gen varieti yang ditanam. Selain itu, ia juga mendedahkan kawasan pertanian kepada serangan penyakit. Jadi, varieti baru ini perlu diberi perhatian yang lebih daripada petani.

Thursday 3 May 2012

SDC(Sabah Development Corridor) & SEDIA(Sabah Economic Development and Investment Authority)


Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan SEDIA (Sabah Economic Development and Investment Authority) telah dilancarkan pada tahun 2008. Tempoh perlaksanaan SDC ialah dari 2008-2025 iaitu meliputi seluruh kawasan dan penduduk Sabah. 900,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan jika berjalan dengan lancar.

 Antara projek infrastruktur  yang akan dilaksanankan dalam SDC ialah pembangunan dan promosi pasaran MICE ( mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran). Selain itu, pembinaan stesen pusat kereta api dan penubuhan kemudahan pukal dalam kelompok perindustrian minyak sawit iaitu di Lahad Datu. Projek infrastruktur lain ialah pembangunan tebingan Kota Kinabalu dan penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. Projek-projek yang dilakukan di dalam SDC ini berkait rapat dengan domain kewilayahan geografi. SDC ini melibatkan kawasan-kawasan di negeri Sabah yang berperanan penting bagi menggalakkan ekonomi di negeri Sabah. Strategi di dalam SDC di bawah pembangunan pelancongan adalah bagi mensasarkan pengunjung dan pulangan yang tinggi. Manakala, tujuannya adalah bagi menjadikan Sabah salah satu tempat yang sesuai didiami di dunia. SDC juga telah merancang bagi meningkatkan kedudukan Sabah sebagai destinasi utama eko-pelancongan serta gaya hidup mewah, destinasi percutian yang mewah.

Bagi domain ekonomi, SDC (Koridor Pembangunan Sabah) telah disokong oleh 3 prinsip utama yang dapat memandu di dalam pembangunan di Sabah iaitu bagi keperluan untuk meningkatkan nilai ekonomi yang lebih tinggi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dengan pengagihan. Seterusnya, SDC adalah bagi memastikan pertumbuhan mampan iaitu melalui pemuliharaan alam sekitar. Inisiatif oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah memperkenalkan model pendapatan baru yang berasaskan kepada kretiviti, inovasi dan nilai yang tinggi adalah selaras dengan prinsip yang mendukung program SDC. Program pertanian di bawah SDC memberi tumpuan kepada meningkatkan keseluruhan sara diri, menanam tanamana untuk eksport dan pemprosesan yang bernilai tinmggi dan juga membantu membasmi kemiskinan.

Bagi domain sistem masyarakat pula Sabah mempunyai pelbagai kumpulan etnik masyarakat dan kepelbagaian budaya. Kepelbagaian yang terdapat di negeri Sabah ini menjadikan ianya berbeza dengan negeri-negeri lain yang mempunyai latar belakang masyarakat yang berbeza-beza. Keadaan ini membantu masyarakat di Sabah bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Sabah. SDC dapat mempromosikan keseimbangan wilayah dan juga dapat merapatkan jurang antara bandar dengan luar bandar dan memastikan bahawa pengurusan sumber-sumber negeri diagih dan digunakan dengan mampan. Jadi matlamat utama SDC ialah bagi membasmi kemiskinan di negeri Sabah.

Domain pemikiran yang berkaitan dengan SDC pula melibatkan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik melalui kepelbagaian pemikiran dan kepercayaan yang terdapat dalam kalangan masyarakat di Sabah. Penyediaan peluang pekerjaan yang semakin meningkat dapat membantu masyarakat di Sabah untuk menerima pembangunan dan pembaharuan yang terdapat di dalam SDC bagi meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat di Sabah. Namun demikian, SDC mengalu-alukan penyertaan daripada semua pihak, termasuk penyelidik di dalam menjanakan pengetahuan, terutama dalam memulihara biodiversity negeri yang kaya dengan warisan serta faedah kepada generasi yang akan datang. Selain itu, SDC juga menggalakkan produk inovasi dengan merangsang penyelidikan bio dan bioteknologi bagi merangsang pembangunan industri yang bernilai tinggi.

Kesimpulannya, SDC (Sabah Development Corridor) ini sememangnya begitu penting kepada negeri Sabah. Hal ini demikian kerana ianya begitu berkait rapat dengan keempat-empat domain dan pembangunan yang dilakukan dan dirancang adalah untuk kepentingan masyarakat atau penduduk di Sabah bagi mengatasi masalah kemiskinan selain dapat meningkatkan taraf hidup dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di Sabah.