Tuesday 8 May 2012

Revolusi Hijau


Menurut Ruttan dan Binswanger di dalam Ahmad Mahdzan Ayob (1994), Revolusi hijau merupakan usaha bagi menyelidik dan menyebarkan variety bijirin yang berhasil tinggi (VHT). Antaranya ialah seperti gandum, beras, dan jagung di negara-negara yang sedang membangun iaitu di kawasan tropika dan separuh tropika mulai pertengahan dekad 1960-an.

Antara jenis teknologi yang dihasilkan ialah jenis biologi, iaitu varieti-varieti baru tanaman bijirin yang menjadi makanan ruji iaitu makanan harian seperti beras, jagung dan gandum di kebanyakan negara-negara membangun. Variety baru yang menjadi ciri utama ialah ianya lebih kepada baja. Kos yang dikeluarkan bagi membeli baja telah mendatangkan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan variety lama. Ciri kedua ialah pokoknya rendah dan tegap dan ianya tidak mudah rebah ke tanah dengan kelebihan berat buahnya. Padi diperkembangkan oleh IRRI , di Filipina. Manakala, Negara-negara ASEAN lain menjalankan penyelidikan penyesuaian di Negara masing-masing. Terdapat dua kumpulan besar bagi tumbuhan padi ini antaranya ialah jenis Indica dan jenis Japonica. Padi jenis Indica ini ditanam di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Manakala, jenis Japonica pula ditanam di Jepun, Lembah Yangtze (China), Korea, Eropah, Australia, California, Texas (Amerika Syarikat). Revolusi hijau telah memperkenalkan padi Varieti Hasil Tinggi (VHT) dan sistem pengairan yang sempurna. Ciri-ciri Padi Varieti Hasil Tinggi (VHT) ialah pendek, tegap iaitu tidak mudah jatuh ke tanah. Daun tirus dan tegak membolehkan berlaku proses fotosintesis yang tinggi dan kepadatan pokok yang lebih tinggi. Selain itu, padi ini juga matang dalam jangka masa tertentu dan juga nisbah bijian adalah lebih tinggi. Selain itu, pengairan yang sempurna juga diperkenalkan. Hal ini kerana Padi Varieti Hasil Tinggi ini ditanam dikawasan yang ada sistem pengairan yang sempurna. Pengairan yang sempurna diperlukan kerana potensi hanya dapat dicapai apabila pembajaan yang cukup disebabkan pokok memerlukan air. Sekiranya kawalan air tidak sempurna (masuk/keluar) atau tidak mencukupi, risiko menggunakan baja dan input-input yang lain sangat tinggi. Menurut Messer dan Heywood di dalam Ahmad Mahdzan Ayob (1994), walaupun varieti baru ini telah merubah keadaan bekalan makanan secara besar-besaran iaitu di negara-negara membangun, namun ia juga mempunyai kecacatan. Hal ini kerana, ianya memerlukan tanah yang mempunyai sistem pengairan. Selain itu, penyebaran secara meluas varieti  “elit” (terpilih), penanaman secara terus-menerus secara tanaman tunggal, ditambah pula dengan penggunaan baja yang tinggi, telah menghakis aneka gen varieti yang ditanam. Selain itu, ia juga mendedahkan kawasan pertanian kepada serangan penyakit. Jadi, varieti baru ini perlu diberi perhatian yang lebih daripada petani.

No comments:

Post a Comment