Tuesday, 27 March 2012

Bidang Ekonomi Utama Negara~~PERTANIAN

Dalam tempoh RMKe-10 tumpuan akan diberi kepada usaha pertumbuhan ekonomi dalam

NKEA. NKEA ditakrif sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi menyumbang secara

signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Lazimnya, negara yang telah melalui perubahan daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi akan memberi tumpuan kepada sektor dan geografi yang khusus. Malaysia juga perlu menumpu kepada sektor dan geografi terpilih bagi mencapai matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Langkah pembaharuan ekonomi dalam RMKe-

10 seperti permodenan peraturan perniagaan, pembangunan modal insan, peningkatan persaingan domestik, penghapusan herotan pasaran dan penambahbaikan infrastruktur akan

menyediakan eko-sistem pemboleh bagi NKEA. NKEA dipilih berdasarkan sumbangannya untuk

mencapai pendapatan tinggi, kemampanan dan keterangkuman. Sebanyak 12 NKEA awal yang berpotensi telah dikenal pasti termasuk 11 sektor dan satu kawasan geografi iaitu Kuala Lumpur. Kuala Lumpur telah dipilih kerana ia menyumbang hampir satu pertiga kepada KDNK Malaysia dan aglomerasi bandar boleh menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi.

Setiap NKEA akan mempunyai sasaran khusus dan tindakan yang kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Pelaksanaannya akan dipantau oleh Economic Delivery Unit di

bawah pimpinan Perdana Menteri. NKEA tersebut adalah:

1. Minyak dan gas;

2. Minyak sawit dan produk

berkaitan;

3. Perkhidmatan kewangan;

4. Pemborongan dan peruncitan;

5. Pelancongan;

6. Teknologi maklumat dan

komunikasi;

7. Pendidikan;

8. Elektrik dan elektronik;

9. Perkhidmatan perniagaan;

10. Penjagaan kesihatan swasta;

11. Pertanian; dan

12. Greater Kuala Lumpur.



Pertanian

Pada tahun 2009, pertanian bernilai tinggi termasuk penternakan burung walit, akuakultur, rumpai laut, sagu, ikan hiasan, herba dan rempah ratus, buah-buahan dan sayur-sayuran
organik, cendawan serta florikultur menyumbang kira-kira 1% kepada KDNK. Permintaan pengguna yang semakin meningkat ke atas produk bernilai tinggi memberi peluang kepada petani untuk meningkatkan pendapatan. Namun, pertumbuhan produk tersebut dikekang oleh
kekurangan tanah yang sesuai dan akses pembiayaan, kekurangan pekerja mahir, skala operasi
yang tidak ekonomik, perkhidmatan sokongan yang tidak menyeluruh, kekurangan sokongan R&D dan kelemahan jaringan pasaran.

Dalam RMKe- 10, aktiviti pertanian bernilai tinggi ini akan diberi tumpuan khusus supaya sumbangan kepada KDNK meningkat kepada 2% menjelang tahun 2015. Strategi untuk mencapai sasaran ini termasuk:

Menubuhkan konsortium dan koperasi pertanian untuk memperoleh faedah skala, menggalakkan penggunaan amalan akreditasi oleh petani, nelayan dan usahawan tani serta mengukuhkan pemasaran melalui ladang kontrak dan pakatan strategik;

Mengkaji semula dan memperkemas peraturan dan prosedur sedia ada terutamanya bagi industri sarang burung walit, akuakultur dan herba untuk menarik pelaburan serta penyertaan lebih besar sektor swasta;

Menggalak pertumbuhan berasaskan inovasi dan proses pengeluaran yang menggunakan
teknologi perladangan moden dan ICT termasuk Agriculture Flagship Project berasaskan ICT;

Menyedia infrastruktur, kemudahan dan logistik yang lengkap dan khusus untuk menyokong aktiviti pertambahan nilai berdasarkan sumber yang ada dan berhampiran, terutama di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Zon Industri Akuakultur yang telah ditentukan; dan

Mempergiat kerjasama R&D dengan institut penyelidikan pertanian unggul untuk melonjakkan
inovasi dalam proses pengeluaran, kawalan penyakit, keselamatan dan kawalan mutu serta
pembangunan produk baru bernilai tambah tinggi. Di samping itu, pendekatan strategik berkaitan jaminan keselamatan makanan akan diambil bagi memastikan bekalan makanan terutamanya beras sentiasa ada, mudah diakses dan harga makanan yang berpatutan untuk  orang awam. Dalam tempoh Rancangan, strategi bagi memastikan bekalan beras yang cukup termasuk mengekalkan stok simpanan beras pada paras 292,000 tan metric atau mampu menampung keperluan selama 45 hari, memeterai perjanjian kontrak jangka panjang untuk mengimport beras melalui perjanjian pemadanan eksport minyak sawit atau minyak dan
meningkatkan produktiviti di kawasan jelapang padi serta luar jelapang sedia ada melalui naiktaraf infrastruktur. Kawasan baru tanaman padi tidak akan dibangunkan dan pengeluaran beras tempatan ditetapkan pada kadar 70% tahap sara diri.

Wednesday, 14 March 2012

P A D I = P A D D Y

 sebelum jd nasi, ni la pokok padi.. :)
 bijirin (beras) selepas dituai dan diproses

 wah, nasi la plak :) jom yummy2


Monday, 12 March 2012

Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM)

DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN (DJBM)
Peningkatan harga makanan dan kekurangan bekalan di peringkat antarabangsa telah menyebabkan krisis makanan berlaku di beberapa buah Negara. Sungguhpun demikian, bekalan makanan dalam Negara pada masa ini termasuk bekalan makanan yang diimport masih mampu menampung permintaan rakyat Malaysia.

Dalam keadaan dimana harga makanan dunia terus meningkat sejak awal tahun 2008, Kerajaan telah mengambil langkah segera untuk memastikan bekalan makanan Negara sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Untuk tujuan tersebut, Kerajaan telah meluluskan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) pada 2 Mei 2008 bagi:-
  1. Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi tahap sara diri.
  2. Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal serta menjamin pengeluaran bahan makanan tidak menurun.
  3. Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

Bagi memastikan matlamat DJBM tercapai, Kementerian Pertanian telah merangka tujuh (7) program/projek utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 2008-2010 melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. Bagi tahun 2008, program/projek yang dirancangkan meliputi:-
  1. Peningkatan pengeluaran beras
  2. Pewujudan stok penimbal beras
  3. Program peningkatan pengeluaran dan produktiviti tanaman, perikanan dan ternakan.
  4. Pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha Pertanian
  5. Mengukuhkan FAMA bagi memastikan pasaran dan pengagihan hasil-hasil pertanian
  6. Pelaksanaan Program Bumi Hijau
  7. Pembangunan tanah terbiar dan kolam terbiar untuk meningkatkan pengeluaran

Jabatan Pertanian Malaysia diberi tanggungjawab melaksanakan 5 program / projek iaitu:-
  1. Projek perataan sawah – jelapang / luar jelapang
  2. Projek taman kekal pengeluaran makanan
  3. Projek pembangunan tanah terbiar
  4. Program bumi hijau
  5. Pemberian insentif bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan

Disamping bertanggungjawab melaksanakan kelima-lima program/projek di atas, Jabatan Pertanian juga bertanggungjawab sebagai Ketua bagi pelaksanaan keseluruhan projek peningkatan pengeluaran padi/beras.

Dasar Jaminan Makanan Negara ini diharap dapat membantu dan meringankan beban peningkatan kos pengeluaran serta menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani bagi petani negara yang terlibat dalam pengeluaran tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, akuakultur dan ternakan.