DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN (DJBM) |
Peningkatan harga makanan dan kekurangan bekalan di peringkat antarabangsa telah menyebabkan krisis makanan berlaku di beberapa buah Negara. Sungguhpun demikian, bekalan makanan dalam Negara pada masa ini termasuk bekalan makanan yang diimport masih mampu menampung permintaan rakyat Malaysia. Dalam keadaan dimana harga makanan dunia terus meningkat sejak awal tahun 2008, Kerajaan telah mengambil langkah segera untuk memastikan bekalan makanan Negara sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan kepada pengguna. Untuk tujuan tersebut, Kerajaan telah meluluskan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) pada 2 Mei 2008 bagi:-
Bagi memastikan matlamat DJBM tercapai, Kementerian Pertanian telah merangka tujuh (7) program/projek utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 2008-2010 melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. Bagi tahun 2008, program/projek yang dirancangkan meliputi:-
Jabatan Pertanian Malaysia diberi tanggungjawab melaksanakan 5 program / projek iaitu:-
Disamping bertanggungjawab melaksanakan kelima-lima program/projek di atas, Jabatan Pertanian juga bertanggungjawab sebagai Ketua bagi pelaksanaan keseluruhan projek peningkatan pengeluaran padi/beras. Dasar Jaminan Makanan Negara ini diharap dapat membantu dan meringankan beban peningkatan kos pengeluaran serta menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani bagi petani negara yang terlibat dalam pengeluaran tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, akuakultur dan ternakan. |
..lebih banyak anda membaca, lebih banyak ilmu yang anda peroleh..sama2 lah kite brkongsi ilmu yang xseberapa ini..~the more u read, the more knowledge you have, together we share knowledge~~
Monday, 12 March 2012
Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment