Tuesday 3 April 2012

EMPANGAN BAKUN, SARAWAK

Projek Hidroelektrik Bakun iaitu yang terletak di Sarawak telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 1986. Idea untuk membina empangan di Sungai Rajang dikatakan bermula pada asalnya projek itu dianggarkan menelan belanja iaitu sebanyak RM13.6 billion. Projek ini meliputi kawasan seluas 69000 hektar kawasan hutan tropika serta melibatkan penempatan semula hamper 10,000 orang penduduk sekitarnya. Projek Hidroelektrik Bakun dijangka akan menjana tenaga elektrik 2400 megawat (MW). Walaubagaimanapun, pada tahun 1990 kerajaan persekutuan telah memutuskan untuk memberhentikan sementara projek tersebut yang dikatakan akibat daripada beberapa masalah, khususnya protes dari pelbagai pihak serta masalah kewangan dan ekonomi yang telah melanda negara. Namun demikian, pada tahun 1993 kerajaan persekutuan telah mengubah pendirian bagi meneruskan projek tersebut dengan anggaran belanja RM7 billion. Pada tahun 1994, kerajaan persekutuan telah bersetuju bagi memberikan Projek Bakun kepada Ekran Berhad, yang merupakan sebuah firma dari Sarawak. Selepas itu, pada tahun 1995, tiga rakyat tempatan Sarawak yang terlibat secara langsung dengan Projek Bakun telah menfailkan petisyen kepada mahkamah Tinggi bahawa Kerajaan Sarawak gagal mengikut prosedur mengenai alam sekitar dalam menjalankan kajian EIA (Environmental Impact Assessment). Kemudian hasil dari petisyen tersebut , pada Jun 1996 Mahkamah Tinggi mengisytiharkan projek tersebut sebagai tidak sah. Namun demikian, pada tahun 1997, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dengan alas an bahawa Sarawak tidak terikat dengan Akta Alam Sekitar kerana mempunyai peraturan alam sekitarnya sendiri.  Manakala, pada tahun 1997, perselisihan berlaku antara Ekran Berhad, syarikat utama yang mengurus projek Bakun dengan kontraktor utama ABB, sebuah konglomerat dari Sweden, kontraktor utama. Lanjutan daripada masalah tersebut, kerajaan Persekutuan telah mengumumkan untuk mengambilalih projek tersebut keadaan ini sekali lagi menyebabkan projek tersebut terpaksa ditangguhkan.  Kemudian, pada tahun 1999, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Projek Bakun akan diteruskan , tetapi pada skala yang lebih kecil yang hanya mengeluarkan 500 megawat (MW). Namun demikian, ketetapan ini telah diubah sekali lagi iaitu pada tahun 2001. Dimana projek Bakun akan kembali kepada skala asal, iaitu sebanyak 2400 MW. Namun, rancangan untuk membina saluran elektrik dasar laut telah digugurkan. Kni, projek ini sedang dilaksanakan secara usahasama oleh Malaysia-China Hydro Joint Venture (MCHJV), iaitu sebuah gabungan antara syarikat tempatan, iaitu Sime Darby dari Malaysia dan dari China iaitu China National Water Resources and Hydropower Engineering Corp. (CHWRH).



#maklumat tambahan tentang Empangan Bakun.. just wanna share..!! pheww.. :D


No comments:

Post a Comment